Archive for » April, 2009 «

Thursday, April 30th, 2009 | Author: admin

Hari nie pelajar-pelajar asrama telah membuat lawatan ke asrama SMK Telok Mas yang telah memenangi beberapa pertandingan dan anugerah. Bas bergerak kira-kira jam 7 dan smpai kesana kira-kira jam 10. lewat sedikit dari yang dirancang kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

seramai 40 orang pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan diiringi oleh 8 orang guru selamat sampai disana dan disambut oleh PK HEM dan warden asrama serta penyelia asrama tersebut.

Majlis dimulakan dengan taklimat alualuan oleh penolong kanan HEM sekolah tersebut bertempat di dewan makan asrama. acara seterusnya lawatan ke blok asrama lelaki dan perempuan. pelajar disajikan dengan kekemasan dan kecerian asrama termasuk landskap dan taman-taman.

Seterusnya guru-guru dibawa melawat ke sekolah tersebut. guru-guru dibawa melawat ke perpustakaan, bilik SPBT, bilik kaunseling dan tempat-tempat lain di sekeliling sekolah tersebut.

Seterusnya pelajar dibawa melawat sekitar bandar melaka kira-kira jam 2 petang. tidak banyak tempat dapat dilawati kerana masa yang agak singkat. pada jam 6, bas bertolak pulang ke SMK Telok Panglima Garang.

Guru-guru SMK Telok Panglima Garang dan SMK Telok Mas

Guru-guru SMK Telok Panglima Garang dan SMK Telok Mas

Category: SMKTPG  | 3 Comments